<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/4890193295746339918?origin\x3dhttp://psssmkcti.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Selamat datang ke laman web rasmi SMKCTI

Info Sekolah

Sejarah
Visi & Misi
Pusat Sumber
Lagu Sekolah
Lencana
Piagam Pelanggan
Galeri Foto SMKCTI
Aktiviti Sekolah

Untuk kembali ke laman web utama, sila kilik sini.



Hubungi SMKCTI

Pihak SMKCTI boleh dihubungi melalui :

Sekolah Menengah Kebangsaan Convent
Jalan Sekolah
36000 Teluk Intan
Perak

No. Tel: 05-6221936
Faks: 05-6221936
Emel: smkcti.1@gmail.com
Kod Sekolah: AEB 1596


Sejarah SMKCTI

Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Teluk Intan telah ditubuhkan pada tahun 1919 oleh Reverend Father Coppin'. Nama asal sekolah ini ialah St. Agnes School, sebuah sekolah persendirian. Mulai tahun itu, sekolah ini mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang pesat. Pada tahun 1926, pentadbiran sekolah diambilalih oleh sekumpulan biarawati yang dikenali sebagai The Sisters of Holy Infant Jesus. Sekolah ini kemudian menjadi sebuah sekolah bantuan kerajaan dan mempunyai seramai 60 orang pelajar.

Pada zaman pendudukan Jepun, sekolah ini ditadbir oleh kerajaan Jepun dan dijadikan sekolah bercampur. Sekolah ini dikenali sebagai Nippon-go-Sakko pada zaman itu. Selepas pendudukan Jepun, kemasukan pelajar perempuan terus bertambah. Oleh kerana kekurangan bilik darjah, pada tahun 1951, lapan lagi bilik darjah ditambah disusuli oleh 10 bilik darjah yang dibina pada tahun 1954.

Sekolah Rendah Convent dipisahkan dengan Sekolah Menengah Convent secara berperingkat-peringkat antara tahun 1965-1967 kerana bilangan pelajar yang semakin bertambah.

Pada tahun 1971, Sekolah Menengah Kebangsaan Convent mempunyai 23 bilik darjah, 2 makmal Sains, 2 bilik Sains Rumah Tangga(dikenali sebagai Bilik Jahitan dan Bilik Masakan), sebuah bilik Seni Lukis dan sebuah dewan serbaguna. Beberapa tahun kemudian, 2 buah makmal Sains baru dibina untuk menampung kepesatan bilangan pelajar- 1205 orang pelajar bersama 45 orang guru. Dua sesi persekolahan juga diwujudkan- 23 kelas bagi sesi pagi and 7 kelas bagi sesi petang. Pada tahun 1975, perpustakaan sekolah telah diperbesarkan. Di samping itu, sebuah ruang kegiatan sukan diwujudkan untik menggalakkan perkembangan mental dan fizikal pelajar.

Sejak SMKCTI diketuai oleh Pn. Hjh. Hamidah, sekolah ini mencapai kecemerlangan dalam kurikulum dan kokurikulum. Sekolah ini muncul sebagai sebuah sekolah terbaik dari segi pencapaian akademik di Hilir Perak. Puncak kegemilangan SMKCTI dalam pencapaian SPM tercatat pada tahun 1993; seramai 111 orang pelajar memperolehi pangkat satu.

Di samping itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru(PIBG) SMKCTI telah bekerjasama dengan pihak sekolah menjalankan beberapa projek demi kepentingan pelajar, seperti mengisi Tabung Pembangunan Sekolah, menyediakan Bilik Komputer dan melancarkan projek kecerian sekolah. Jabatan Pedidikan Negeri Perak juga telah memperuntukkan bantuan bagi membiayai pendawaian semula sekolah.

Pada tahun 1978, sekolah ini diberi tugas mengawas asrama sekolah yang diberi nama Asrama Puteri Pusat Convent. Pada tahun 1980, sekolah ini dinaikkan taraf ke gred A.

Pada tahyn 1986, sebuah lagu baru, Sinar Kejayaan telah dicipta oleh seorang guru bernama En. Muhammad bin Osman dan seorang murid bernama Chong Yin, menjadi lagu rasmi sekolah sehinggan hari ini(2010). Pada tahun 1995, sebuah Rumah Hijau telah dibina.

Pelbagai kerja pengubahsuaian telah dilakuan di sekolah supaya para pelajar dapat belajar dalam keadaan yang lebih kondusif. Kini, pentas dewan, surau dan stor sukan telah dibina semula akibat serangan anai-anai. Bilik-bilik yang lain juga sedang dibaikpulih.